Aku bercadang untuk memahirkan diri dengan TEKNIK SEO supaya dapat mengurangkan kos pengiklanan untuk perniagaan internet yang aku jalankan. Maksud aku, jika aku dapat menguasai SEO, dengan cara tidak langsung web perniagaan aku berkemungkinan berjaya mendominasi katakunci tertentu dalam enjin carian dan semestinya aku akan mendapat pelawat yang sememangnya sedang mencari produk yang berkaitan. Dengan cara ini, kemungkinan untuk web aku membuat jualan semestinya lebih tinggi jika dibandingkan dengan membuat pengiklanan di mana-mana website atau melalui mana-mana medium pengiklanan yang kadang-kadang belum tentu mendapat pelawat yang menjadi sasaran.
Oleh itu, aku kini tekad untuk belajar SEO melalui tips-tips yang aku baca secara tidak langsung melalui blog-blog seo ataupun melalui ebook yang telah aku beli. Sememangnya aku kini lebih gemar membeli ebook berkaitan SEO semata-mata untuk belajar SEO daripada membeli ebook buat duit yang belum tentu aku boleh buat duit.
Dengan sedikit kemahiran mengenai seo, bukan sahaja aku dapat membuat jualan melalui web perniagaan aku. Aku juga berharap dapat menambah lagi pendapatan aku dengan program-program lain seperti affiliate dan adsense. Aku amat ghairah untuk kembali seperti tahun lepas dimana hampir setiap bulan aku mendapat “wang adsense” dan sekali sekala “wang affiliate”. Wang adsense atau duit yang aku perolehi daripada program google adsense telah jarang-jarang aku perolehi. Tahun ni, baru 2 kali aku menerima duit adsense. Duit affiliate tak kisah sangat kerana aku skang turut gemar menggunakan PPC (pay per click) sebagai medium utama pengiklanan aku.
Lagi satu aku nak bagitau, post nih pun bukan saja-saja luahan perasaan yang terbuku dan azam aku. Malahan aku sebenarnya telah mencabar diri aku untuk turut sama menyertai “Cabaran Wangcyber Teknik SEO & Wang Adsense“. Cabaran ini dah pun bermula agak lama, tapi aku baru nak mula. Jom kita tengok sapa yang akan menjadi raja SEO untuk cabaran ini nanti.
Sekian dulu. Adioss..
Posted by mdhilmi
Posted by mdhilmi